Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan prinsipprinsip Pembangunan Mampan dalam Agenda 21, RIO.
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana
ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan
terutamanya sekolah.
Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar, tumpuan perlu diberi kepada empat komponen berikut:
> Pengurusan
> Kurikulum
> Kokurikulum
> Penghijauan
3. KONSEP SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan
Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah. Sekolah Lestari adalah payung pelbagai aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.
DEFINISI SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah:
“pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam
sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana
dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi.
Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui
alam sekitar dan untuk alam sekitar”.
5. OBJEKTIF SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar dibentuk bagi mencapai objektif
berikut:
a. memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah;
b. meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;
No comments:
Post a Comment