Bengkel Penyediaan Laporan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2011-2012 telah diadakan di Hotel Heritage, Ipoh pada hari Rabu, 22hb Februari 2012. SMK Seri Teja telah diwakili oleh En. Azmi bin Mat Saat dan En. Zulkarnain Shah bin Moktar.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang penyediaan laporan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar berdasarkan format. Ianya supaya setiap sekolah yang menyertai program SLAAS ini dapat menyediakan laporan yang lengkap serta bersedia untuk menerima kehadiran Panel Penilai SLAAS nanti. Taklimat dan perbengkelan telah disampaikan oleh pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak yang diketuai oleh En. Ahmad Bakri bin Jamaluddin.
Taklimat oleh Encik Ahmad Bakri bin Jamaluddin
No comments:
Post a Comment